Google Adsense

Tuesday, March 3, 2009

Penggunaan - Leesa Formula, Tongkat Ali Liquid

Bahan / Ingredients:

1. Tongkat Ali:

Atau nama saintifiknya Eurycoma Longifolia Jack adalah tumbuhan liar di hutan hujan tropika Benua Borneo. Ianya dari spesis ginseng dan telah diuji secara saintifik mempunyai khasiat luarbiasa. Secara tradisional, masyarakat Asia khususnya orang Melayu menggunakan Tongkat Ali untuk menguatkan tenaga badan dan mempertingkatkan kemampuan batin serta menambahkan nafsu.

Kajian menunjukkan Tongkat Ali dapat menambah formasi teststerone iaitu hormon seks lelaki sebanyak 440% dalam tisu tescular manusia. Teststerone bertanggungjawab dalam pembentukan organ dan karektor seks lelaki. Bagaimanapun kadar testosterone akan berkurangan selari dengan umur. Ia berada di tahap maksimum pada umur 25 tahun dan berkurangan antara 70% ke 75% pada lingkungan umur 35 tahun, 60% ke 65% pada lingkungan umur 45 tahun, 50% ke 55% pada lingkungan umur 55 tahun dan akhirnya 30% ke 35% pada lingkungan umur 70 tahun.

2. Pati Kurma:

Ia kaya dengan zat makanan yang tinggi seperti potasium, sodium, kalium, Vitamin A dan C serta mempunyai agen anti-oksida yang penting untuk badan.

Anti-oksida berfungsi untuk meneutralkan radikal bebas dalam badan yang menyebabkan keletihan dan kelesuan badan. Jadi, kurma dapat berfungsi sebagai agen penyumbang tenaga untuk mengatasi masalah keletihan, kurang tenaga, dan membantu mengatasi pelbagai jenis penyakit.

Kurma juga berkhasiat untuk membantu membina sel darah di samping melancarkan perjalanan darah. Ia juga mengandungi kandungan gula semulajadi iaitu fruktosa, glukosa dan sukrosa untuk membekalkan tenaga kepada badan.

3. Madu:

Ia terbaik untuk menjana haba, membuang kotoran dalam perut, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan memulihkan kembali sel-sel saraf. Madu mempunyai banyak vitamin dan zat antaranya Vitamin A,B,C dan E, kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, magnesium dan natrium.

Penggunaan:

- Sesuai untuk semua lelaki dewasa yang memerlukan tenaga untuk menjalankan aktiviti seharian.

- Sangat dicadangkan kepada semua lelaki yang telah berkahwin khusus untuk keperluan hubungan intim suami-isteri.

- Perlu diambil oleh semua lelaki yang telah berumur untuk memberikan kekuatan fizikal dan mental akibat pengurangan kadar testosteron akibat pertambahan usia.

- Sesuai juga diminum oleh wanita untuk tujuan mendapatkan tenaga dan meningkatkan keinginan syahwat.

Pengambilan:

- Goncang sebelum minum.

- Ambil 2 sudu besar selepas makan setiap pagi dan petang. Sebaiknya elakkan sebarang minuman atau makanan ? jam selepas pengambilan minuman ini.

- Boleh dikurangkan dos jika mengambilnya bersama kapsul Bio-Health Herbal Tonik For Men. (dicadangkan mengambil Bio-Health Herbal Tonik sebelah pagi sebanyak 2 kapsul dan Tongkat Ali Liquid sebanyak 2 sudu besar di waktu petang atau malam).

- Minum banyak air sejuk untuk mengurangkan panas badan. Simpan di dalam peti sejuk.

Ramuan:
- Pati Kurma
- Tongkat Ali
- Halban
- Madu
- Vitamin E & B

Berat bersih: 250ml

kambali
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*