Henim adalah formula tradisional berasaskan 5 herba terpilih dan telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan indikasi untuk menurunkan berat badan. Henim berperanan untuk melancarkan pembuangan air besar dan kecil serta menyingkirkan semua bahan yang tidak diperlukan oleh badan terutama sisa kumuhan, lemak, lendir dan toksin yang melekat pada dinding usus. Ia sangat lembut dan tidak memberikan kesan tidak selesa kepada perut seperti cirit birit dan sakit perut memulas. Ramai pengguna yang pernah menggunakan memuji Henim telah memberikan kesan positif yang sangat memberangsangkan.
Penggunaan:-
-2 kapsul setiap malam, sebelum tidur.
-Boleh dikurangkan kepada 1 kapsul (jika dirasakan kesan terlalu kuat apabila mengambil 2 kapsul)
- Tambah 3 hingga 4 kapsul (jika dirasakan dua kapsul tidak memadai untuk benar-benar lawas).
Aturan Pengambilan:-
-Sesuai diambil oleh semua lelaki dan wanita untuk tujuan menurunkan berat badan, melancarkan pembuangan air besar, mengatasi sembelit dan mengempiskan perut.
-Boleh digunakan oleh remaja 13 tahun ke atas (ambil hanya 1 kapsul sahaja).
-Dirumus dengan lembut tanpa memberi kesan sakit perut memulas-mulas yang berterusan serta tiada cirit-birit. Pengguna akan membuang najis dengan teratur antara 8 hingga 12 jam selepas pengambilan (tempoh berbeza mengikut individu, bergantung kepada tindak balas badan).
-Bagi yang berpenyakit sembelit kronik, dan merasakan 2 kapsul tidak mencukupi untuk mendapatkan kesan yang diingini, tambah 3 atau maksimum 4 kapsul sekali ambil.
-Tidak boleh diambil oleh wanita yang mengandung. Bagi wanita berpantang atau sedang menyusukan anak (untuk tujuan mengatasi sembelit), sila pastikan bayi anda tidak mendapat kesan cirit-birit atau ketidak selesaan perut. Jika ada, sila kurangkan dos kepada 1 kapsul sahaja atau hentikan pengambilan.
-Untuk tujuan mengatasi masalah perut buncit, ambil bersama Body Contour Gel untuk tindakan lengkap luar dan dalam.
-Pengguna boleh menghenti atau mengurangkan pengambilan Henim jika sudah mendapat kesan yang diingini.
Contoh: Ambil 2 kapsul 3 hari sekali untuk memastikan semua yang tak diperlukan badan dapat disingkirkan dan tidak termendap di dalam badan.
kembali
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*