Google Adsense

Friday, February 20, 2009

Penggunaan - Leesa Formula, Corong Bekam Asap

Corong Resdung adalah rawatan tradisi yang telah diamalkan berkurun lamanya di mana kain kapas berkualiti tinggi dimasukkan ke dalam rebusan akar-akar kayu seperti akar mengkunyit, daun pinang dan kulit kayu manis, dikeringkan lalu digulung panjang untuk dijadikan corong bekam asap.

Corong herba yang dibakar di hujung atas ini akan mengeluarkan asap di bahagian bawah.

Asap tadi akan dihalakan di seluruh bahagian muka terutama hidung dan khasiat herba yang terkandung di dalam corong ini dipercayai dapat membantu untuk mengurangi atau membunuh kuman atau hama yang menyebabkan terjadinya alahan resdung.

Selain dari mengurangi masalah resdung dan alahan di bahagian wajah, penggunaan corong bekam asap ini juga dapat merawati jerawat, memudarkan parut dan menjadikan wajah lebih cerah dan bersih.

Pengguna yang mempunyai masalah resdung dan jerawat yang teruk boleh melakukan bekam asap ini seminggu sekali, manakala untuk rawatan kulit normal memadai 1 hingga 2 kali sebulan.

Setiap kali selepas menggunakan corong bekam asap, cuci muka menggunakan SiNose Herbal Face Soap diikuti dengan sapuan SiNose Face Treatment Powder.


Penggunaan:-

-Halakan corong sebelah besar ke bahagian atas dan corong sebelah kecil ke bawah. Nyalakan api pada hujung sebelah besar corong di atas dan tunggu sehingga asap keluar pada hujung sebelah kecil di bawah.

-Letakkan bucu sebelah bawah pada dahi, biarkan asap keseluruhan muka selama satu minit, kemudian ubah ke atas hidung, pipi kanan dan kiri, dagu, telinga kanan dan kiri (seperti gambar di bawah).(Semasa rawatan pastikan bara di bucu bahagian atas dipotong supaya serpihan bara tidak jatuh ke muka)

-Apabila siap proses rawatan, cuci muka dengan SiNose Herbal Face Soap dan bilas bersih.

-Kemudian sapukan muka dengan SiNose Face Treatment Powder dan biarkan ia kering selama 30 minit atau sepanjang hari.

kembali
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*